Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Thursday, January 03, 2008

Kura-kura Sani

Salam,

Rini Fini nk share satu cerita...salah satu pengaruh guru pd anak murid. (huhu, terkena kat batang hidung sendiri)
Kura-kura Sani

Ini kura-kura Sani.
Satu hari Sani lari bawa kura-kura.
Kura-kura itu kena batu.
Kura-kura itu mati.
Sani beli kura-kura lagi dari Raju.
Sani jaga kura-kura ini hati-hati.
Alkisahnya begini...minggu pertama persekolahan, Fini telah diarahkan oleh my GPK utk membuat semula ujian saringan/pelepasan utk murid yang telah dicalonkan ke kelas pemulihan utk sesi 2008. Kata Cikgu Aidi, kdg kala disebabkan cuti yg terlalu lama, mgkin keputusannya akan berubah. Jadi Fini dah plan utk jalankan ujian BM rini dan Math esok.

Yg Fini nak kongsikan di sini, selepas Fini dh jalankan IPP2M kpd pelajar2 Fini...selepas masa rehat pula, Fini buat ujian lisan. 5 teks beserta soalan yang perlu dijawab secara lisan. Sedang Fini berikan teks kepada Hakim utk baca, sampai je ujian ke-5 : Kura-kura Sani...tiba-tiba Hafiz menyampuk, "Cikgu, saya pun ada kura-kura." Fini pun memain ckp, "Eh, cikgu pun ada kura-kura." Hafiz jawab, "Saya ada 3 ekor, 1 saya beli...lagi 2 Idham bagi." Sembang-sembang kejap, baru la Fini tau yg dia beli kura-kura tu selepas dia balik beraya dari rumah Fini. Adush, masa tu terlintas dlm hati...Fini ke pengaruhnya? Sbb, masa diorang dtg beraya tu, mmg kura-kura Fini dok kat luar rumah. Diorang mmg ada main2, siap sakat nak amik kura-kura Fini ms beraya ritu. Fini tak sangka pula yg lepas balik beraya dr umah Fini, diorang terus ke Bentong dan beli kura-kura. Idham beli 2, Hafiz & abangnya Ikhwan beli 1. Fini tak cerita lagi kat Mak n Ayah...kalau tak mesti Mak n Ayah gelak. Fini takut juga bebudak ni jaja cerita yg kat umah Cikgu Fini ada kura-kura. Nanti org ckp Fini pengaruh. Tapi dh lama la juga ek...raya puasa ritu.

Huhuhu...erm, nti bila la agaknya tuan baru kura-kura Fini tu nak amik kura-kura ni. Fini nk volunteer htr ritu, dia busy pula...tak kisahla...janji jadi amik sbb Ayah dh bunyi2 nk lepaskan. Fini sayang nk lepaskan camtu je...sbb Fini jaga lama dah, since Fini keje kat KL (2005) ritu...Masya bg seekor. Then, sbb sian kat dia seekor...2006 Fini tambah kawan dia. Dah jd 2 ekor. Dulu, masa dok sendiri...sesuka hati je nak bela apa pun. Ni dh balik kg d Bentong ni, dok pula umah Mak n Ayah...kena la ikut rentak.

Oopss...ni antara cerita yg Fini rs nk tergelak dgr Hafiz dok cerita td...kecik ja budaknya..Tahun ni Tahun 2. Aii...harapnya ada pengaruh positif Fini yg terkesan pd mereka...taknak pengaruh mcm ni..huhuhu..kelakar je.

2 comments:

Mazza Homemade Cookies said...

hai.just dropping by..

yelahkan..cikgu ni macam icon pulak..sentiasa menjadi perhatian pelajar...

~SyaFini Rosli~ said...

Salam MyFisol,

Thanks for dropping by. Erm, sume org pun akan menjadi icon bg kanak2..asalkan menjadi icon yg baik..alhamdulillah. Yg dibimbangi, icon negatif. Menjadi seorang guru, (sebelum ni, x pernah terbayangkan) tugas bukan hanya 7.30-1.10 shj..tetapi dibawa ke mana-mana, kerana title 'Cikgu' memang menjadi pandangan masyarakat. Alhamdulillah tidak terbeban setakat ini, kerana hanya perlu menjadi diri sendiri dan tak perlu berpura-pura. =)

Manusia mana tidak pernah melakukan kesalahan, namun apa yg penting, menyedari kesalahan dan bersedia utk berubah itulah yg terbaik.

Salam Maal Hijrah. Semoga 1429H ini lebih baik dari yg sebelumnya. InsyaAllah.